Breaking News
Home » Berita » Zamani Slam Ditahan Positif Dadah

Zamani Slam Ditahan Positif Dadah

Zamani Slam Ditahan Positif Dadah. Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Gerimis Mengundang ketika bersama kumpulan Slam ditahan Polis kerana positif dadah jenis heroin. Zamani ditahan disebuah rumah di Taman Keramat bersama seorang wanita.

Zamani Slam ditahan polis pada pukul 12.30 tengah malam bersama wanita berusia 33 tahun selepas serbuan dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Polis menjumpai satu paket plastik disyaki dadah jenis heroin seberat 1.2 gram di atas tilam di dalam bilik tidur kediaman berkenaan. Penyanyi dan wanita itu ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

sumber Kosmo Online

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *