Breaking News
Home » Berita » Zamani Dituduh Ambil Dadah

Zamani Dituduh Ambil Dadah

Zamani Dituduh Ambil Dadah. Bekas penyanyi kumpulan Slam , Zamani Ibrahim menghadapi pertuduhan mengambil dadah di Mahkamah Majistret Ampang hari ini ( 29 Jan ). Turut menghadapi pertuduhan yang sama adalah teman wanitanya yang turut ditahan pada minggu lalu.

Zamani dan Nur Juliana Abdul Rani mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman. Mahkamah kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,500 dengan seorang penjamin.

Kes Zamani dan teman wanitanya akan dibicarakan semula pada 10 Mac 2015. Minggu lalu Zamani ditahan bersama teman wanitanya dalam satu serbuan disebuah rumah di Taman Keramat dan menjumpai satu peket plastik seberat 1.2 gram yang dipercayai dadah jenis heroin.

zamani slam
Zamani Slam

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *