Breaking News
Home » Berita » Zahid Hamidi Nafi Keluar Kenyataan Tutup Laman Sosial

Zahid Hamidi Nafi Keluar Kenyataan Tutup Laman Sosial

Zahid Hamidi Nafi Keluar Kenyataan Tutup Laman Sosial. Timbalan Perdana Menteri , Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan yang beliau ada mengeluarkan kenyataan yang semua media sosial akan ditutup atau disekat.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Isu semua laman sosial akan disekat mula tersebar melalui beberapa laman sosial dimana menyebut TPM membuat arahan itu. Kenyataan itu antara lain menyebut, semua laman sosial akan disekat bermula selasa ini.

Dalam pada itu, beliau telah pun mengarahkan polis menyiasat kononnya beliau mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.

“Saya tidak bagi amaran tetapi saya akan mengambil tindakan terhadap fitnah berkenaan. “Jangan rosakkan nama saya dengan tujuan untuk memperlihatkan seolah-olah saya tidak faham perundangan,”

Datuk Seri Ahmad Zahid turut mengingatkan pengguna semula tidak menggunakan laman sosial sebagai medium untuk menyebarkan fitnah.

sumber BH Online

Check Also

carta keputusan Liga Super 2018

Keputusan Liga Super 10 Februari 2018

Keputusan Liga Super 10 Februari 2018. Empat perlawanan Unifi Liga Super Malaysia 2018 berlangsung. Keputusan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *