Breaking News
Home » Uncategorized » Yasmin Hani Kini Sah Isteri Sha’arin

Yasmin Hani Kini Sah Isteri Sha’arin

Yasmin Hani Kini Sah Isteri Sha’arin Yasmin Hani Richardson hari ini selamat melangsungkan pernikahannya dengan Sha’arin Mohammed Razali Wong. Akad nikah itu dilaksanakan oleh Ustaz Abdullah Hashim dan berlangsung di Duchess Place, Jalan Ampang.

Rombongan pengantin lelaki membawa tujuh dulang hantaran berserta mas kahwin sebanyak RM80.00 dan wang hantaran bernilai RM32,000. Tujuh dulang hantaran termasuk sebentuk cincin, setepak sirih junjung, sebuah beg, satu set haruman, manisan, sejadah dan sebuah Al-Quran.Pengantin perempuan membalas sembilan dulang hantaran iaitu sebentuk cincin, setepak sirih junjung, seutas jam tangan, satu set haruman, buah-buahan, manisan, kamera digital, sejadah dan sebuah tafsir Al-Quran.

Semoga berkekalan hingga akhir hayat.

Sumber -Gua-

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *