Breaking News
Home » Info Hiburan » Yana Samsudin Bernikah 13 Februari 2015

Yana Samsudin Bernikah 13 Februari 2015

Yana Samsudin Bernikah 13 Februari 2015. Pelakon popular Yana Samsudin atau nama penuhnya Norliana Samsudin bakal bernikah dengan  pasangan pilihannya Fadzil Zahari. Majlis akad nikah akan diadakan di kediaman keluarga Yana di Yong Peng, Batu Pahat, Johor sementara majlis persandingan pasangan itu pula akan diadakan pada keesokan harinya, 14 Februari 2015.

Menurut Yana Samsudin, mereka akan bersanding di Dataran Gemilang Yong Peng pada 14 Februari Sabtu. Pada sebelah petang, majlis makan-makan untuk tetamu akan berlangsung bermula pada pukul 4 petang, manakala pada sebelah malamnya pula barulah majlis persandingan akan diadakan. Pihak lelaki pula memilih tanggal 7 Mac 2015 untuk mengadakan majlis menyambut menantu di kediaman keluarga Fadzil di Jitra, Kedah.

Menurut Yana Samsudin lagi, majlis persandingan itu akan bertemakan moden klasik selain tema bungaan segar pada majlis pernikahan.
Selamat pengantin baru Yana Samsudin dan Fadzil Zahari.
Yana Samsudin dan Fadzil Zahari
Yana Samsudin dan Fadzil zahari bernikah pada 1 Februari 2015

Check Also

Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin

Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin Nikah 8 Februari 2016

Majlis pernikahan yang akan menjadi tumpuan dengan tajaan jutaan ringgit.¬†Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin Nikah …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *