Home » Santai » Ya Allah Kuatkan Semangat Aku

Ya Allah Kuatkan Semangat Aku

Seperti biasa aku memang bangun pagi.Sementara menunggu azan subuh aku seperti biasa godek godek dulu laptop jengah blog rakan rakan mana yang sempat.Bukan apa takut ada yang terkini yang terlepas pandang.Apa yang penting persahabatan itu….

Pagi ini sekali lagi aku akan melalui kehidupan rutin yang sama.Kerja yang terlalu banyak.Masalah yang berbagi yang perlu di bereskan.Berdepan dengan manusia manusia yang sentiasa tidak puashati dengan apa yang ada.Ya bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang.Tapi aku tetap usahakan.

Dalam hal hal2 begini kadang2 semangat aku boleh secara tiba2 menurun.Aku kekadang jadi lemah.Kerana bukan aku malas tau tak berdaya melakukan setiap tugas yang di hidangkan tetapi kenapa mereka2 ini tak hargai langsung apa yang ada..??

Tapi bila aku terbaca satu artikel yang dalam sebuah blog tadi tetiba semangat aku membara.Membuak buak untuk terus berikan yang terbaik.Semoga Allah berikan aku petunjuk dan permudahkan setiap urusan aku hari ini.Berikan aku kekuatan untuk mengharungi lagi cabaran hari ini.

Seperti biasa lepas subuh ni jam 6.30 pagi aku kena hantar anak2 ke sekolah.Kena awal sebab setiap pagi sebelum mula tugas kena hadiri taklimat jam 6.45 pagi…
…kehidupan aku sebagai seorang Staff Felda tak semudah yang di jangka ….

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

5 comments

  1. semua kerja pun ada cabarannya kiz…even jadi surirumah pun banyak dugaannya..Sesekali mmg ada rasa down..blur..

  2. @kpah k-poh cabaran ini berbeza sebab kita ibarat jaga harta yang banyak..takut orang salahkan kita kalau berlaku kegagalan.

  3. “betul kata kak pah..setiap manusia di dunia dilahirkan dengan segala macam rintangan dan dugaan..maka kita sepatutnya menggunakan akal fikiran yg di beri untuk merungkaikan segalanya,bukan lari darinya…sesekali rasa ‘down’tu bagus juga…sekurang-kurangnya kita akn bermuhasabah diri dn mendekatkan diri kpd Allah(tp bkn bermkna ms tak ‘down’ tu jauh pulak dgn Allah)fuhh..pjg lebar ngalahkn ustazah..hehehehe..”

  4. apak mina pun staff felda jgk dulu…
    huhuhu…

    perit ckit kejenye kan…hope tabah..
    bile stress or rasa tak best…

    tatap lah muka yg tersayang…
    insyaallah..hati jd sejuk…

  5. sabar ye.. Allah bersama org yg sabar , inshaALLAH… 🙂

    Setting niat >,<

    ha..jgn mengeluh.. baru ni ja ibu cakap . Jangan mengeluh walau apa pon tjadi , ucap ALHAMDULILLAH.. singkap hikmah disebalik kejadian

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *