Home » Uncategorized » Warkah Terakhir Yang Menyentuh Hati

Warkah Terakhir Yang Menyentuh Hati

Warkah Terakhir | VAT 69 Di Lahad Datu | Sambutan Hari Polis ke 206 – Warkah terakhir yang dibacakan ketika sambutan Hari Polis ke 206 telah membuatkan ramai yang tersentuh hati. Apatah lagi bagi waris-waris wira yang telah gugur ketika operasi Ops Daulat. 

WARKAH TERAKHIR 
Wahai isteriku maafkan abang ,
seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan. 
Jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna.
Wahai anak-anakku maafkan ayah , kerana acapkali ayah tiada disaat
anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah.

Wahai emak dan abah , ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki ,
sesungguhnya emak dan abah telah mendidik aku menjadi insan yang berguna pada negara.

Wahai ibu dan ayah mertuaku , maafkan anakanda kerana memilih kerjaya
yang memungkinkan anak ibu dan ayah , menjadi balu sebelum usia.

Oh Malaysiaku maafkan aku andai ,
Aku gugur di medan perang,
Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya.

JASAMU DIKENANG .. VAT 69

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

One comment

  1. semoga yang terkorban di tempatkan di kalangan mereka yang syahid

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *