Breaking News
Home » Berita » Warga Kalimantan Takut Makan Ikan Selepas Tragedi QZ8501

Warga Kalimantan Takut Makan Ikan Selepas Tragedi QZ8501

Warga Kalimantan Takut Makan Ikan Selepas Tragedi QZ8501. Begitulah salah satu laporan yang dipetik melalui detik.com. Akibat tragedi QZ8501, penjualan ikan di Pangkalan Bun dan kawasan sekitar terjejas teruk apabila tersebar khabar angin bahawa ikan yang ditangkap oleh nelayan di situ berkemungkinan telah memakan mayat mangsa pesawat AirAsia Indonesia yang terhempas.

kempen makan ikan di Kalimantan
kempen makan ikan di Kalimantan
Akibat dari perasaan fobia penduduk itu , Pihak berkuasa Kotawa­ringan Barat di sini terpaksa me­nganjurkan kempen makan ikan bagi menghilangkan perasaan takut masyarakat di daerah itu ekoran tragedi pesawat QZ8510 yang terhempas di Laut Jawa.

Pesawat QZ8501 yang membawa 162 penumpang dan kru terhempas ketika dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pada 28 Disember lalu dan sehingga kini operasi mencari hanya menemui 51 orang mangsa.

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *