Home » Info Sukan » Waktu Jualan Tiket Stadium Larkin Johor

Waktu Jualan Tiket Stadium Larkin Johor

Waktu Jualan Tiket Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2014 JDT vs Pahang Kaunter Stadium Larkin. Seperti yang semua sedia maklum, perlawanan final akan berlangsung pada 1 November 2014. Bermula esok tiket akan mula dijual di negeri masing-masing.
Bagi penyokong JDT, memetik laporan yang dikeluarkan melalui laman facebook rasmi Johor Southern Tigers, jualan di Stadium Larkin ( Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos ) akan mula dibuka pada jam 9.00 pagi 30 Oktober 2014.
Harga tiket adalah seperti yang telah dinyatakan sebelum ini iaitu RM40 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. 
Untuk lebih info dan perkembangan terkini , peminat bolasepak Johor atau JDT disarankan mengikuti perkembangan melalui laman rasmi Facebook Johor Southern Tigers untuk mengetahui status jualan tiket di Larkin atau lain-lain daerah di Johor. Semoga jualan tiket esok akan berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. 
jadual waktu Jualan tiket Kaunter stadium larkin
Tiket Online Perlawanan Akhir Telah mula dijual hari ini 29 Oktober 2014.

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *