Home » Info Hiburan » Vokal Bukan Sekadar Rupa Asmidar Dan Mafa Ke Akhir

Vokal Bukan Sekadar Rupa Asmidar Dan Mafa Ke Akhir

Peringkat separuh akhir Vokal Bukan Sekadar Rupa yang telah berlangsung menyaksikan 2 peserta wanita berjaya melangkah ke peringkat akhir.Asmidar dan Mafa berjaya melangkah ke peringkat akhir setelah berjaya mengatasi cabaran peserta tunggal lelaki dalam separuh akhir Azmarul.

Pada peringkat separuh akhir ( minggu ke sembilan ) Asmidar mengutip markah 58 peratus , Mafa 48 peratus manakala Azmarul 43 peratus.Peringkat akhir Vokal Sekadar Rupa bakal menyaksikan Asmidar dan Mafa perlu membuat tiga persembahan iaitu menerusi pilihan lagu sendiri, lagu baru dan Battle Song.Mereka perlu memilih satu lagu untuk pesaing mereka di pusingan Battle Song sebagai cabaran buat pihak lawan.Peringkat akhir Vokal Bukan Sekadar Rupa akan berlangsung pada 25 Disember ini pukul 9 malam di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral.

Check Also

Keputusan ABPBH 30

Keputusan ABPBH 30 Anugerah Bintang Popular

Hari ini bersiaran secara langsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian di TV3. Beberapa anugerah utama …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *