Breaking News
Home » Kesihatan » Virus Zika Simptom Dan Tanda-Tanda Jangkitan

Virus Zika Simptom Dan Tanda-Tanda Jangkitan

Virus Zika Simptom Dan Tanda-Tanda Jangkitan. Akhir-akhir ini virus ini mula menjadi perhatian orang ramai apabila media mula melaporkan berkaitan jangkitan virus zika di beberapa negara Amerika Selatan. Apakah sebenarnya virus zika yang pertama kali dikesan pada tahun 1947 di Hutan Zika , Uganda.

virus zika

APA ITU VIRUS ZIKA
Zika Virus adalah virus yang proses penularannya melalui media nyamuk Aedes aegypti. Boleh dianggap satu satu keluarga dengan virus lain seperti virus penyebab penyakit demam denggi berdarah, penyakit kuning, dan penyakit chikungunya.

TANDA DAN SIMPTOM
Berikut dikongsikan simptom utama demam Zika yang memberikan tanda-tanda apabila pesakit telah dijangkiti
– Sakit kepala
– Ruam pada kulit
– Sakit sendi
– Mata kemerahan

Sehingga kini masih belum dapat ditemui vaksin atau ubat spesifik yang boleh melawan virus Zika.

KESAN VIRUS ZIKA PADA MANUSIA
Virus Zika yang merebak akan menyebabkan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang bayi dalam kandungan. Virus Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama. Sindrom microcephaly disebabkan virus zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.

Apa yang penting sekarang kita kena kuatkan pencegahan dengan mengawal pembiakan nyamuk aedes dalam usaha membendung virus ini tersebar dengan lebih mudah.

Check Also

Tanda Awal Stroke Haba

Tanda Awal Stroke Haba

Tanda Awal Stroke Haba. Apakah yang dikatakan stroke Haba atau pun Heat Stroke ? Musim …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *