Breaking News
Home » Berita » Viral Bayi Duyung Palsu

Viral Bayi Duyung Palsu

Viral Bayi Duyung Palsu. Seperti sudah menjadi trend warga media sosial, setiap yang pelik , yang panas atau pun sekadar suam-suam kuku namun bakal panas, pasti akan mudah tersebar walaupun tiada kesahihannya lagi. Begitu juga dengan kisah bayi duyung yang menjadi viral di media sosial terutama di facebook.

Menurut laporan yang dipetik dari Sinar Harian , penyebaran berita seorang bayi yang dilahirkan dengan memiliki kaki seperti seekor ikan duyung di Hospital Pontian, disahkan sebagai tidak benar. Semakan kelahiran di Hospital Pontian mendapati tiada kelahiran dicatatkan pada hari kelmarin, seperti yang didakwa oleh berita palsu berkenaan. Perkara ini dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Johor , Datuk Ayub Rahmat.

Gambar bayi yang dilahirkan cacat dengan kakinya melekat seperti kelihatan duyung itu mula menjadi viral dalam laman sosial, kerana bayi malang itu didakwa dilahirkan di Hospital Pontian. Hasil dari siasatan dan carian di laman web, gambar bayi duyung itu dipercayai telah muncul dalam satu akaun Facebook milik seorang wanita Myanmar pada 19 Mac lalu, dan turut ditayangkan dalam laman Facebook, Top Myanmar News.

Kesimpulannya , pastikan sahih baru sebar, rujuk pihak yang berkenaan untuk kepastian sebarang berita.

Bayi kaki duyung
Bayi kaki duyung

sumber SinarHarian 

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *