Home » Berita » Video Zamani Nyanyi Sambil Bergari Akan Disiasat

Video Zamani Nyanyi Sambil Bergari Akan Disiasat

Video Zamani Nyanyi Sambil Bergari Akan Disiasat. Pihak PDRM akan menyiasat sepenuhnya dakwaan tentang video yang memaparkan bekas penyanyi kumpulan Slam, Zamani yang dipaksa menyanyi dengan keadaan tangan yang digari.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap perakam yang memuat naik video bekas vokalis sebuah kumpulan popular era 90-an menyanyi dalam keadaan bergari.

Twitter Ketua Polis Negara
Twitter Ketua Polis Negara

Video zamani menyanyi sambil tangan digari mula tersebar di laman sosial termasuk aplikasi WhatsApp sejak pagi tadi dengan kebanyakan komen dikongsi pengguna sosial antara lainnya mengutuk tindakan terbabit yang dianggap tiada belas kasihan.

Zamani ditahan polis kerana disyaki memiliki dadah jenis heroin seberat 1.2 gram dan Mahkamah Majistret Ampang membenarkan tahanan reman empat hari ke atas Zamani dan teman wanitanya, bermula semalam bagi membantu siasatan.

Penyanyi berusia 43 tahun itu ditahan bersama seorang wanita berusia 32 tahun di Taman Keramat, Ampang dan hasil ujian air kencing, vokalis itu juga didapati positif dadah jenis morfin.

sumber BH Online

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *