Breaking News
Home » Berita » Video Kumpulan Bertopeng Ugut Serang Mahkamah Malaysia

Video Kumpulan Bertopeng Ugut Serang Mahkamah Malaysia

Video Kumpulan Bertopeng Ugut Serang Mahkamah Malaysia. Satu kumpulan yang memakai topeng menyiarkan satu video yang berbaur ugutan di Youtube bertajuk amaran untuk meletupkan mahkamah malaysia. Memetik laporan akhbar online BH Online, sebuah kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Anak Muda Malaysia mengugut untuk mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan dengan menyerang mahkamah pada 11.30 malam, Rabu ini.

Video yang dimuat naik di Youtube itu menggunakan ID Isis Malaysia 69 berdurasi 1:01 minit itu membuat ancaman kerana mendakwa sistem kehakiman Malaysia yang gagal serta manipulasi sistem demokrasi yang tidak boleh dipercayai lagi.

Dalam video itu, melibatkan empat lelaki bertopeng dan berbaju hitam mengeluarkan ancaman dan menyatakan rasa tidak puas hati serta menyatakan perjuangan mereka baru bermula dan akan bertambah berkembang jika sistem demokrasi terus rosak.

video ancaman bom letupkan mahkamah lelaki bertopeng
video ancaman bom letupkan mahkamah lelaki bertopeng – Gambar BH Online

sumber BH Online

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *