Home » Uncategorized » Video | Gaddafi Dibunuh | NTC Mengisytiharkan Pembebasan Libya

Video | Gaddafi Dibunuh | NTC Mengisytiharkan Pembebasan Libya

Gaddafi dibunuh..!! itulah antara berita yang menghiasi dada-dada akhbar hari ini.
Bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi, terbunuh ketika pejuang menggempur bandar kelahiran dan kubu terakhirnya di sini semalam, sekali gus menamatkan pemberontakan selama lapan bulan bagi menumbangkan pemerintahan beliau. -Menurut laporan Berita Harian.


Menurut Utusan Malaysia pula,mayat Gaddafi diheret dan dikasari.Rakaman televisyen menunjukkan mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang berlumuran darah diheret dan dikasari pasukan tentera anti Gaddafi.Dalam rakaman yang disiarkan Al Arabiya, muka Gaddafi berlumuran darah dan tentera anti-kerajaan mengheret mayat bekas pemimpin itu di atas tanah manakala terdapat kesan luka di kepalanya.Melalui siaran TV Al Jazeera pula,rangkaian itu menyiarkan  rakaman mayat Gaddafi yang hampir bogel sehingga paras pinggang diletakkan di atas tanah.


Sementara itu pemimpin NTC Mustafa Abdel Jalil akan mengisytiharkan pembebasan Libya dan memberi maklumat terperinci mengenai kematian Muammar Gaddafi.
VIDEO YANG DISIARKAN  AL JAZEERA TENTANG PEMBUNUHAN GADDAFI SINI
Sisipan Bawah : pandangan peribadi aku..Muammar Gaddafi adalah pemimpin yang hebat seperti Saddam Hussien kerana berani menentang barat ..al-fatihah..

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

6 comments

  1. gadaffi hebat menentang barat,tpi syang rkyat sendiri x sukakan dia kan,,mgkin ada sesuatu yg kita x ketahui,,,al-fatihah

  2. Gaddafi mempunyai kekayaan yg buat rakyatnya marah dgn dia…tamak dia ni ! hermm..

  3. aku tak pasti bro..tapi aku rasa semua ni kerja dalang utk menghancurkan kuasa2 besar Islam 🙁 Al Fatihah

  4. Al-Fatihah.. syria dan yaman plak pasni..

  5. sedih lihat jenazahnya diperlakukan sebegitu..walaubagaimana pun sikapnya di dunia…jenazahnya patut dilayan dgn baik..

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *