Breaking News
Home » Berita » Video Air Berlumpur Berapi Bukan Di Johor

Video Air Berlumpur Berapi Bukan Di Johor

Video Air Berlumpur Berapi Bukan Di Johor. Seperti sudah menjadi trend atau budaya pengguna laman sosial apabila ada sesuatu yang pelik tanpa usul periksa kesahihan terus sebar sahaja menerusi laman sosial atau paling mudah sekarang menerusi applikasi chat whatsapp.

Video air berlumpur berapi
Video air berlumpur berapi

Yang terbaru adalah penyebaran video yang memaparkan visual air berlumpur yang berapi yang kononnya berlaku di Batu Pahat, Johor. Menurut laporan PDRM video fenomena air berlumpur dan berapi yang tersebar di laman sosial sebenarnya berlaku di Pingtung, Taiwan.

Dalam kenyataan itu lagi menerusi Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) PDRM, fenomena itu berlaku di daerah Pingtung di mana gunung berapi lumpur Wandan memuntahkan lumpur dan mengeluarkan gas asli sekali atau dua kali setahun. Kehadiran api pula adalah disebabkan penduduk membakar gas asli itu.

Pihak PDRM menasihatkan pengguna laman sosial atau applikasi chat tidak mudah menyebarkan perkara-perkara begini tanpa tahu kesahihannya kerana boleh menimbulkan spekulasi yang negetif.

sumber Sinar

 

Check Also

Piala Dunia 2018

Senarai Penuh 32 Pasukan Yang Layak Ke Piala Dunia 2018

Setelah melalui pusingan kelayakan dan playoff, 32 pasukan telah pun mengesahkan tempat ke Piala Dunia …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *