Breaking News
Home » Berita » Vape Boleh Sebabkan Kanser

Vape Boleh Sebabkan Kanser

Vape Boleh Sebabkan Kanser. Vape atau rokok elektronik memang menjadi kegilaan dan pilihan alternatif kepada perokok masa kini. Manakan tidak popular jika sampai ke parlimen pun dibahaskan.

vape on
vape on – gambar hiasan

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya, rokok elektronik yang menjadi kegilaan ramai didapati mengandungi bahan pengawet yang boleh membawa kepada kanser. Apakah yang dimaksudkan dengan bahan pengawet didalam vape? Menurut beliau antara bahan pengawet itu ialah nikotin dan propylene glycol yang apabila dipanaskan melebihi lima volt akan menyebabkan kombinasi bahan cecair itu akan bersifat seperti bahan pengawet.

Beliau menegaskan, ramai pengguna vape menggunakan alat itu melebihi 5 volt untuk mendapatkan asap yang banyak dan bahan pengawet itu boleh meningkatkan kemungkinan kepada kanser adalah tinggi.

Penggunaan vape ini dibangkitkan ketika pembahasan Rang Undang-Undang Profesion Kesihatan Bersekutu 2015 di Dewan Rakyat.

sumber hmetro

** Rokok tembakau lagi merbahaya, ada eloknya kerajaan haramkan sahaja penjualannya **

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *