Home » Berita » UPSR Ditunda 30 September 2014 Kertas Sains Bocor

UPSR Ditunda 30 September 2014 Kertas Sains Bocor

UPSR Ditunda 30 September 2014 , Kertas Sains UPSR Bocor , Soalan Bocor – Lembaga Peperiksaan telah mengumumkan bahawa Ujian Pencapaian Sekolah Rendah UPSR 2014 bagi kertas Sains ditunda pada 30 September 2014. Ini berikut Kertas Peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan pada 11 September didapati bocor.
KENYATAAN LEMBAGA PEPERIKSAAN TENTANG SOALAN BOCOR
“Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Sains 018 (Sekolah Kebangsaan), 028 (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina), 038 (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan berlangsung pada tarikh 11 September 2014 jam 8.15 pagi. Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang,”
Soalan Sains UPSR 2014 Bocor
Dalam kenyataan berasingan Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada ibu bapa dan murid terbabit berikutan penangguhan kertas peperiksaan Sains Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang didapati bocor.

sumber BH Online

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *