Home » Santai » Untuk Layak Jadi Calon Pilihanraya Perlu Lulus Ujian Membaca Al-Quran .. Memang Terbaik Ni

Untuk Layak Jadi Calon Pilihanraya Perlu Lulus Ujian Membaca Al-Quran .. Memang Terbaik Ni

Anda nak jadi calon pilihanraya? Boleh je tapi kena lulus ujian bacaan Al-Quran.Tak lulus bolehlah lupakan sahaja hasrat menggunung anda nak jadi calon.Amacam bernas tak cara ini.Perkara ini telah dilakukan di Banda Acheh,Indonesia.Bagi melayakkan diri bertanding dalam pilihan raya Gabenor Aceh, tiga pasangan calon gabenor-timbalan gabenor menjalani ujian membaca al-Quran di Banda Aceh pada Selasa.Dalam ujian yang dikendalikan Suruhanjaya Bebas Pilihan Raya (KIP) di Masjid Raya Baiturrahman itu yang dilakukan di khalayak umum dan disiarkan secara langsung menerusi siaran Radio Republik Indonesia (RRI) Banda Aceh, kesemua mereka lulus.Kemahiran membaca al-Quran adalah syarat wajib bagi calon yang akan bertanding dalam pilihan raya gabenor dan timbalan gebenor serta calon pegawai daerah dan penolong pegawai daerah, sejak Aceh melaksanakan undang-undang syariah pada tahun 2003.
Jadi amacam kalau benda ni dilaksanakan di Malaysia.Bagi calon yang beragama Islam je lah.Barulah terserlah kehebatan calon-calonkan.Jadi mana yang rasa diri tu fail dalam bacaan ini boleh ler awal-awal fikir nak bertanding ke tak…haha..
Olahan dari sumber berita BH Online

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

9 comments

  1. bagusnya diorang buat gitu!

    mmg sepatutnya pun, sbb hanya org yg ada agama yg baik je boleh jd pemimpin yg baik.

    antara ciri2 beragama-mestilah boleh membaca quran dgn baik.

  2. amm..kalo org bukan isllam?.. sebenarnya.. bg gua cara ini adalah stu niat yg kurang baik oleh krjaan indo.kerana dgn adanya syarat ini org yg bukan islam tidak akan tersenarai dlm calon jd diorang mcm nak sisihkan org bukn islam..hhmm.. kalo kat mehsia kompon xlulus syarat ni..kalo lulus pun habi lah melayu diserang cina n india.. haha.. indo memang dungu sikit.. xpe biarkan..itu hal diorang..

  3. Azhafizah[フィザ]

    terbaiklah..tapi malaysia ada macam macam agama..timbul tidak adil pada mereka pulak..nanti kang macam macam hal pulak kan..

  4. umm sebenarnya kalo negara Islam, tak salah kot nak buat syarat macam neh.

  5. Kalau ada calon beragama Islam yang bertanding dalam pilihan raya, memang wajib tahu tentang selok-belok dan cara bacaan Al-Quran yang betul kerana bagi ciri-ciri seorang khalifah haruslah memimpin negara dan tanggungjawab dengan berlandaskan Al-quran dan Sunnah.

    Tapi jangan baca jer reti.. tapi dari segi maksud dan perlaksanaan hukum-hakam yang terkandung dalam Al-Quran tu diabaikan.

    Wallau’alam..

    ^^

  6. ok jugak buat kt malaysia… tp untuk org islam je lah.. kalau nk jd calon mst lalui ujian ni. ok lah kan…

  7. hehe ok la die punya syarat ni..sekurang2nya untuk memimpin negara perlu lah mempunyai agama yg baik.akhlak yg mulia 🙂

  8. kawan saya cakap kalo interview kerja kat krajaan negeri kelantan ditanya pasal solat cukup ke tak.. ermmmm

    latest post: Weh, Cuba korang sedar sikit!

  9. bagus tu….bukan sekadar tahu aje tapi tahu & mahu baca pun sudah cukup bagus.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *