Home » Info Sukan » Undian Badminton Perseorangan Lelaki Sukan Asia Incheon 2014

Undian Badminton Perseorangan Lelaki Sukan Asia Incheon 2014

Undian Badminton Perseorangan Lelaki Sukan Asia Incheon 2014 , Lee Chong Wei , Lin Dan , Cheng Long – Acara badminton perseorangan lelaki memang menjadi tumpuan biar pun di Sukan Asia. Ini adalah kerana hampir semua pemain ranking terbaik dunia adalah pemain dari negara Asia. Jadi tidak hairanlah badminton bakal menyaksikan jaguh-jaguh dunia beraksi.
Lee Chong Wei , Lin Dan dan juara dunia , Chen Long antara pemain yang akan beraksi di Sukan Asia 2014. Begitu juga jaguh-jaguh dari Jepun , Korea dan Indonesia. Walaupun kebanyakan pemain ini biasa bertemu sesama mereka dalam kejohanan lain, namun suasana Sukan Asia adalah berbeza. Tiada tawaran wang tunai tapi medal untuk negara , pasti membuat semangat semakin membara.
Lee Chong Wei Sukan Asia 2014
Mengikut undian, pemain nombor satu dunia , Datuk Lee Chong Wei dijangka bakal berdepan Lin Dan dalam separuh akhir andai kedua-dua mereka mampu melepasi halangan awal. Andai pertemuan ini berlaku , mampukah Lee Chong Wei menewaskan Lin Dan yang banyak kali menghampakannya dalam pertandingan seperti Olimpik dan juga Sukan Asia.
Dalam senarai ranking untuk undian Sukan Asia 2014 , Lin Dan dan Lee Chong Wei berada dalam kelompok yang sama dan mahu tidak mahu hanya salah salah seorang dari mereka bakal ke final.

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *