Home » Berita » Uncle Seekers Didapati Positif Dadah .. Pulak Dahh..

Uncle Seekers Didapati Positif Dadah .. Pulak Dahh..

Uncle Seekers Positif Dadah – Seperti yang dilaporkan oleh akhbar online hari ini yang menyatakan penulis blog UncleSeekers.blogspot.com , Syed Abdullah Syed Hussein didapati positif dadah jenis mofin. Kini kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 menurut Jabatan Siasatan Jenayah Johor.

Sebelum ini , Polis Johor menahan Syed Abdullah yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang didakwa menfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi laman blognya. Penangkapan beliau yang turut dikenali dengan gelaran ‘Uncleseekers’ bersama seorang wanita, Siti Nadhirah Mohd Zain pada pukul 9.45 malam di Plaza Tol Senawang, Seremban dilakukan anggota polis IPD Nusajaya. 


Menurut kenyataan itu, Syed Abdullah dan Siti Nadhirah ditangkap untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972. 

Olah Dari sumber BH Online

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *