Home » Berita » Ultraman Live in Genting 2015

Ultraman Live in Genting 2015

Ultraman Live in Genting 2015. Pasti ramai peminat siri adiwara dari negara matahari terbit Jepun Ultraman. Siri adiwara ini memang sudah berpuluh tahun wujud dalam senarai siri adiwara popular. Ultraman Live in Genting bakal berlangsung pada 19 Februari 2015 sehingga 22 Mac 2015 di Resorts World Genting.
Sempena acara yang bakal berlangsung pada 2015 itu , satu roadshow akan berlangsung bermula dari 27 Oktober sehingga 9 November 2014 di Pavilion Kuala Lumpur. Sempena roadshow ini , banyak watak-watak ultraman dan juga raksaksa akan dibawa dalam siri ramah mesra bersama peminat tegar siri Ultraman ini. 
Ultraman Live in Genting 2015

Antara watak-watak ultraman yang akan turut serta dalam roadshow ini adalah Ultraman Ginga , Ultraman Zero dan Ultraman Tiga. Rasanya kepada peminat siri ini , watak atau nama ultraman memang tidak asing lagi. Sepanjang roadshow ini, peminat juga berpeluang menonton siri ini melalui TV plasma yang disediakan. Berbagai acara dan peraduan akan dibuat sepanjang roadshow.

Sepanjang roadshow ini , peminat juga boleh mendapatkan tiket untuk menyaksikan Ultraman Live In Genting 2015. Harga tiket bermula daripada RM48 sehingga RM88, dan pembeli terawal akan menerima diskaun sehingga 30 peratus.

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *