Breaking News
Home » Info Hiburan » Ujibakat Mentor Milenia 2016

Ujibakat Mentor Milenia 2016

Tarikh Ujibakat Mentor Milenia 2016. Pasti ramai yang ternanti-nanti tarikh dan lokasi ujibakat rancangan rialiti Mentor Tv3. Buat pengetahuan semua, program hiburan bakat baru ini akan kembali dengan konsep baru serta diberi nama Mentor Milenia.

Mentor Milenia
Mentor Milenia

Empat artis muda bakal menjadi mentor kepada protege terpilih. Black, Azlan, Akim dan Hazama adalah mentor yang akan terlibat dalam rancangan Mentor Milenia 2016 ini. Mereka bakal mencari protege pilihan masing-masing dalam masa terdekat mengikut ciri-ciri yang mereka inginkan. Apa yang menarik setiap mentor bakal memiliki tiga protege.

Hazama ingin mencari protege yang boleh menyanyi dalam pelbagai genre dan versatil. Azlan pula ingin mencari protege yang mempunyai minat mendalam dalam bidang nyanyian, vokal yang mantap serta ketahanan mental serta fizikal yang kuat untuk menerima teguran.

Seorang lagi mentor iaitu Akim ingin mencari mereka yang mempunyai keunikan vokal tersendiri dan penampilan yang baik. Bagi Black pula, beliau lebih memberikan penekanan kepada vokal sebagai kriteria utama berbanding paras rupa.

Anda sudah bersedia dan mempunyai ciri-ciri seperti yang diinginkan oleh mentor diatas. Anda dialu-alukan intuk hadir sesi ujibakat yang akan diadakan di lokasi Studio Seri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam mengikut tarikh yang ditetapkan dibawah.

Ujibakat Mentor Milenia 2016 Black Hazama Azlan Akim
Ujibakat Mentor Milenia 2016 Black Hazama Azlan Akim

TARIKH UJIBAKAT MENTOR MILENIA
13/12/2015 – Hazama
19/12/2015 – Azlan
20/12/2015 – Akim
26/12/2015 – Black

UPDATE : LOKASI DAN TARIKH UJIBAKAT MENTOR MILENIA 2017

Check Also

Keputusan ABPBH 30

Keputusan ABPBH 30 Anugerah Bintang Popular

Hari ini bersiaran secara langsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian di TV3. Beberapa anugerah utama …

21 comments

  1. Nak uji bakat kt azlan idol

  2. Nak pergi ujibakat dengan Azlan . Sebb abg azlan nak mencari protege yang mempunyai minat mendalam dalam bidang nyanyian ..insha’allah cuba.

  3. Nak ujibakat utk protege Black.. heheheh~ 🙂

  4. Terlepas abang Hazama punya audition Hm.. Sekarang nak ada abang akim je..

  5. saya meminati kesemua mentor ni..klu boleh nk try semua…tp akim adalah pilihan utama saya…saya ni mahu tp malu hahaha

  6. Nk try abg azlan lau ad rzki alhamdulillah

  7. Nak uji bakat kat black lah.. hehe

  8. Nk try semua ;D … Moga dapat .

  9. sy ingin mncuba mentor black mana laa tahu rezeki sy sb sy ad bakat dalam nyanyian dalan versi apapun

  10. Rase macam nak pegi aje ujibakat nak jadi protege kepada akim tapi……….. rase macam X yakin pulak sama ade die nak terima or tidak 🙁

  11. Harap dapat sangat bermentor kan black amin…

  12. senarai lagu apa yang boleh nyanyi xde ye?

  13. tiada uji bakat mentor ka dekat sabah?

  14. Dah lepas ke ujibakat mentor??

  15. Sy nk try sbtu ni..2017 bgi mentor tomok..hrap2 dpt..aamiin

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *