Home » Uncategorized » Uji Rashid Dipenjara 10 Tahun

Uji Rashid Dipenjara 10 Tahun

Menurut sumber BERNAMA Uji Rashid dan lima lagi rakannya yang cuba merompak sebuah kapal dagang di perairan Tanjung Piai, Pontian, 19 Sept lepas dihukum penjara 10 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen JB hari ini.Kesemua mereka mengaku bersalah cuba melakukan rompakan secara berkumpulan di kapal MT Sky Jupiter pada jam 12.49 malam hari berkenaan.

Mereka yang bekerja sebagai buruh dituduh melakukan perbuatan itu pada kedudukan garis lintang satu darjah 15.44 minit Utara dan garis bujur 103 darjah 28.26 minit Timur di dalam perairan Malaysia pada jarak lebih kurang 2.65 batu nautika perairan berkenaan.Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda dan sebatan.

Uji Rashid itu sebenarnya adalah salah seorang dari warga Indonesia yang terlibat dalam kejadian itu.Mesti korang akan terbayang Uji Rashid penyanyi tu kan..huhu.Biasalah tajuk akan memberi impak yang besar dalam keinginan orang membaca.Lain-lain yang terlibat mengikut laporan itu adalah Rudiarto, 39; Andagunawan, 27, Edi, 45, Saleh, 45, dan Khairu Fahmi, 25, semuanya berasal dari Dumai, Indonesia.Ada yang kenal ke?haha..mana ler tahu ada yang jadi rakan Facebook.

Sisipan Tepi : Buat baik berpada-pada,merompak jangan banyak kali..

Sumber

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

14 comments

  1. mati2 aku ingat uji rashid penyanyi

  2. ingatkan uji rashid penyanyi tu.. hehe

  3. haishh..penat lari laju2 ..ingat penyanyi tu

  4. bikin panas ja kiz!

  5. peh terkezut gugurl! ingatkan betol2 uji rashid tadi..adeh buat cuak je!

  6. tu la pasal..
    pagi tadi lepas suami akak baca suratkabo saje je kata uji rashid kena tangkap..
    akak pun percaya kem main..
    hahhah

  7. tokojut den

  8. Aku tertipu hampehhh!..ingatkan artis tu

  9. buat baik berpada2..jangan buat baik… buat jahat jgn sekali..buat banyak kali.. kih kih kih

  10. Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine

    peghhh.. tajuk dh bikin aku exited 🙂

  11. uishh igt kan uji rashid femes tu . haha

  12. mesti mak dia minat gila dekat uji rashid dulu-dulu tu..tu yang bubuh nama dia macam tu..haha

  13. td masa kat blog abg teror, cunda pun ingtkan uji rashid penyanyi tu…
    saspen betui kan..hehee

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *