Home » Info Hiburan » Ujang Samudera Meninggal Dunia

Ujang Samudera Meninggal Dunia

Ujang Samudera Meninggal Dunia. Kepada pengikut irama rock kapak sekitar atau peminat baru lagu-lagu kumpulan Samudera pasti tidak asing dengan bekas penyanyinya iaitu Ujang atau lebih dikenali dengan Ujang Samudera.

Ujang Samudera meninggal dunia
Album pertama Samudera bertajuk Titian Hasrat dengan Ujang sebagai vokalis utama

Bekas vokalis kumpulan Samudera ditemui mati di rumahnya di Felda Palong Timur, Segamat, Johor kira-kira pukul 12 tengah hari 31 Januari 2017. Menurut sumber mayat Ujang ditemukan oleh rakan sekerja Ujang yang datang melawat Allahyarham yang sudah enam hari tidak datang bekerja.

Menurut sumber juga, berdasarkan mayat yang ditemui disyaki Ujang atau nama sebenar Sarfen Husin telah meninggal lebih dari 1 hari. Namun segalanya harus diserahkan kepada siasatan untuk mengetahui punca kematian. Arwah belum berkahwin dan tinggal di Felda Palong Timur seorang diri dengan menyewa rumah.

Ujang sempat merakamkan beberapa buah album ketika bersama kumpulan Samudera seperti Titian Hasrat (1993), Terminal Cinta (1994) dan Salam Sejahtera (1995) dengan lagu popular seperti Salam Sejahtera, Titian Hasrat dan Bila Diburu Kenangan. Ujang menyertai kumpulan X-Ray pada tahun 1997 dan popular menerusi lagu-lagu seperti Sungguh Tak Ku Sangka, Airmata Dewiku, Mekar Dijiwa dan Lembayung Senja.

Check Also

Yus Jambu Meninggal dunia

Yus Jambu Meninggal Dunia

Yus Jambu Meninggal Dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiunm, Pelakon dan pelawak, Yus Jambu atau nama …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *