Home » Info Sukan » UEFA Champions League 18 Februari 2015

UEFA Champions League 18 Februari 2015

UEFA Champions League 18 Februari 2015. Liga Juara-juara pusingan 16 terbaik diteruskan dengan dua lagi perlawanan pusingan pertama atau 1st leg yang membabitkan FC Basel vs Porto dan Schalke vs Real Madrid jam 3.45 am ( waktu Malaysia ).

Diatas kertas perlawanan seimbang bakal disaksikan dalam pertemuan kelab Switzerland , FC Basel menentang kelab dari Portugal , FC Porto. Peminat pasukan Basel kembali ceria setelah mereka kembali bersaing dalam 16 pasukan terbaik eropah dan mempunyai harapan untuk berada dalam kelompok 8 terbaik andai berjaya mengekang juara Portugal, FC Porto. Sementara itu , Porto yang ketika ini ketinggalan empat mata di belakang pendahulu Benfica dalam liga portugal, yakin mampu mengatasi Basel untuk meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir.

Satu lagi perlawanan adalah pertemuan Schalke vs Real Madrid yang mana kelebihan adalah kepada pendahulu La Liga itu walaupun perlawanan pertama ini adalah di arena lawan. Pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti  percaya bahawa penyerang dan pemain terbaik dunia ketika ini , Cristiano Ronaldo mampu meledak setelah hampir sebulan tanpa jaringan. Namun dalam perlawanan ini , mereka bakal kehilangan tonggak utama yang kurang cergas atau cedera James Rodriguez, Luka Modric, Sergio Ramos, Sami Khedira dan Fabio Coentrao.

Schalke walaupun bukanlah pasukan pilihan, namun mereka melaungkan keyakinan untuk memberi saingan kepada pendahulu La Liga itu apa lagi untuk membalas kekalahan pada musim lalu dimana mereka kalau teruk 1-6.

Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung melalui Astro Super Sport.

UEFA champions league UCL
UEFA champions league UCL

 

Check Also

keputusan Liga Super 20.9.17

Keputusan Liga Super 20 September 2017

Keputusan Liga Super 20 September 2017. Enam perlawanan berlangsung dengan perebutan kedudukan kedua Liga Super …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *