Home » Berita » Tweet Pembatalan Jualan Tiket Final Malaysia vs Thailand Palsu

Tweet Pembatalan Jualan Tiket Final Malaysia vs Thailand Palsu

Semalam telah tersebar satu tweet di twitter yang menggunakan nama Astro Awani yang merujuk kepada pembatalan penjualan tiket online perlawanan akhir Piala AFF Suzuki Cup Malaysia vs Thailand pada 20 Disember di Stadium Nasional Bukit Jalil. Menurut pihak Astro Awani , mereka menafikan bahawa mereka ada membuat sebaran itu melalui akaun twitter rasmi mereka. Tweet itu adalah palsu.
twitter palsu astro awani
Tweet Pembatalan Jualan Tiket Final AFF Adalah Palsu
Jadi zaman sekarang kena berhati-hati menerima sebarang maklumat dari media sosial. Sebaiknya jika berlaku, terus hubungi pihak berkaitan untuk pegesahan.
Ketua Pegawai Eksekutif Tickethotline International Sdn Bhd, Azril Mat Drus mengesahkan bahawa penjualan tiket perlawanan tersebut masih berjalan lancar dan semua pembelian melalui laman web www.tickethotline.com.my adalah sah. Akaun Twitter rasmi Astro AWANI @501Awani telah digunakan sejak dua tahun lalu dan sehingga kini telah mengumpul sejumlah hampir 310,000 pengikut. 
Perlawanan Final Piala AFF Suzuki kedua antara Malaysia vs Thailand akan berlangsung pada 20 Disember 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Pembelian tiket di kaunter akan mula dibuka esok 17 Disember 2014.

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *