Breaking News
Home » Info Sukan » Tunku Ismail Tidak Kisah Isu Sepak Tiang Bendera

Tunku Ismail Tidak Kisah Isu Sepak Tiang Bendera

Reaksi Tunku Ismail ketika menyambut kemenangan JDT menewaskan Terengganu 3-1 dalam perlawanan separuh akhir dengan menyepak tiang bendera penjuru padang memang mendapat perhatian dan menjadi sesuatu yang hangat di media sosial.
Tindakannya itu mengundang pelbagai reaksi terutama di laman sosial namun Tunku Ismail enggan melihatnya sebagai satu unsur yang negatif. Dalam satu temubual dalam laman Facebook Johor Southern Tigers yang dianggap antara lidah rasmi Harimau Selatan, baginda berkata tindakannya itu sudah dirancang lebih awal selepas ditanya oleh adindanya apa sambutan yang akan dibuat seandainya JDT meraih kemenangan.
Mengulas mengenai kritikan terhadap tindakan yang dilakukannya, Tunku Ismail membalas adalah sesuatu yang lucu apabila sesetengah pihak lebih mengutamakan apa yang dibuatnya berbanding kemenangan dicapai JDT.
Tunku Ismail Sepak Tiang Bendera Penjuru

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *