Breaking News
Home » Info Hiburan » Tun Mahathir Muncul Dalam Filem Kapsul

Tun Mahathir Muncul Dalam Filem Kapsul

Tun Mahathir Muncul Dalam Filem Kapsul. Sebuah filem yang mengisahkan sebuah kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dicuri dan dibawa kembali ke zaman silam. Filem terbitan Two Tones Sdn Bhd turut akan menampilkan Tun M dalam lima babak berdialog. Tun M melakonkan lima babak berdialog dengan teraju utama filem itu, Faizal Hussein.

Filem ini yang menjalani penggambaran awal tahun 2014 adalah hasil intepretasi pengarahnya berkenaan bentuk fizikal kapsul dan isi kandungan yang tercatat dalam kapsul itu mengenai amanat Tun Dr Mahathir menjelang tahun 2020.

Selain Faizal, beberapa pelakon hebat turut terlibat menjayakan filem Kapsul antaranya Datuk Rahim Razali, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Adlin Aman Ramli dan Irfan Khairi. Filem ini bakal ditayangkan dipawagam pada 17 September 2015.

filem kapsul tampilkan Tun M
filem kapsul tampilkan Tun M

SINOPSIS FILEM KAPSUL
Sebuah kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dicuri dan membawa Zohri kembali ke zaman silam. Zohri kini terperangkap di tengah pergolakan bangsa Melayu untuk mencapai kemerdekaan serta membawa bangsa Melayu keluar dari kancah kemiskinan. Zohri melihat dan merasa sendiri akan erti sebuah perjuangan bangsanya yang tidak pernah dia bayangkan selama ini. Dia melihat, dia merasai dan kini dia mulai memahami betapa peritnya liku-liku rentetan sejarah negara dan bangsa. Kembara Zohri berterusan dari satu era ke era seterusnya dan tiada siapa yang mampu membawa pulang ke zamannya kecuali dirinya sendiri.

Check Also

sinopsis Filem Ola Bola

Sinopsis Filem Ola Bola

Sinopsis Filem Ola Bola. Sesuatu yang menarik untuk disaksikan oleh peminat bolasepak sejati. Ola Bola bertemakan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *