Breaking News
Home » Info Sukan » Tugas Berat Ong Kim Swee

Tugas Berat Ong Kim Swee

Tugas Berat Ong Kim Swee. Dalam situasi yang agak panas selepas dimalukan UAE 10-0 sehingga membawa kepada perletakan jawatan Dollah Salleh, FAM kini memperjudikan nasib dengan memberi tugas selaku pengendali sementara kepada OKS.

Ong Kim Swee
Ong Kim Swee bersama barisan pemain kebangsaan

Dalam satu kenyataan yang dipetik dari laman web FAM

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini mengumumkan pelantikan jurulatih skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee, sebagai pengendali sementara skuad kebangsaan berikutan peletakan jawatan Dollah Salleh, sebagai ketua jurulatih kebangsaan.

Tugas pertama OKS adalah perlawanan menentang Arab Saudi pada 8 September 2015 di Stadium Shah Alam. Mampukah beliau mengubah nasib pasukan yang rasanya terkesan dari kekalahan besar di Abu Dhabi. Tidak dapat dinafikan moral pemain pasti dalam keadaan rendah namun itulah perkara utama yang perlu diatasi.

Datuk Ong Kim Swee telah membawa bersama penolong jurulatih skuad B-23 negara, Brad Maloney serta jurulatih penjaga gol skuad B-23 negara, Yong Wai Hwang untuk menggantikan tempat dua penolong jurulatih kebangsaan, Reduan Abdullah dan Wan Mustaffa Wan Ismail serta jurulatih penjaga gol kebangsaan, Omar Salim.

Sementara itu , OKS juga telah membawa masuk enam pemain baru untuk mengantikan enam pemain sedia ada untuk melengkapkan 23 pemain menentang Arab Saudi.

PEMAIN GUGUR
1. Zamir Selamat (cedera)
2. Zubir Azmi (cedera)
3. Nor Farhan Muhammad
4. Ahmad Syamim Yahya
5. Syahrul Azwari Ibrahim
6. S Kumaahran

PEMAIN MASUK
1. Ramadhan Hamid (HMB)
2. Adam Nor Azlin (HMB)
3. Fadhli Shas (JDT)
4. Ahmad Fakri Saarani (KEL)
5. Nurridzuan Abu Hassan (PRK)

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *