Menu Tutup

Tu Dia .. Sabar Je Lah

Dulu malam ni cerita melayu cerita apa itu mak mertua ku..
Dulu malam ni wrestling ..abah tidur lewat sikit itu pak mertua ku..
Tetiba tadi.. malam tadi Harimau Malaya kalah pak mertua aku..ingat dia cakap dengan siapa..ada suara yang menyambung cakapnya..
dia orang penat tu,hari tu lawan Indonesia dah nak lawan lagi .. mak mertua aku jawab .. erkk bila pula mak mertua aku ni ambil tahu pasal bola..haha..pelik binti ajaib.
Aku dengar bapa mertua aku cakap lagi .. ” badan dia orang tu besar,lari laju..berdesup macam lipas..” alamak tak pernah-pernah mereka berdua ni cerita pasal bola..kalau ada siaran langsung,mana dapat nak tengok..dia dah siap tempah depan Tv pegang remote..jangan haraplah nak tengok siaran sukan ni..haha..tapi tetiba je hari ni  aku dengar mereka borak pasal bola..pasal Malaysia lawan Syria.

Mungkin sejak siaran langsung berturut-turut ni..mereka dah lali asyik tengok bola je kot..tak dapat ruang tengok cerita drama melayu.Yer lah sepanjang sukan sea hari tu memang depan tv di kuasai oleh kaki sukan..apa-apa pun kira oklah…ini satu perkembangan yang bagus bagi warga emas..haha..jangan asyik nak layan cerita seberang yang tak apa apa tu..tak der perkembangan langsungkan..

11 Comments

  1. Pia

    “hehehe…cayalah acik berdua tu…yg pelik bin ajaib lg,akak gi kelas ngaji malam tadi pun habis semua geng dok citer pasal bola…hah..sudah…”

  2. diana

    setuju..
    media ni kena la main kan peranan..
    kerap2 la siarkan rancangan sukan..ye dak??
    ni tak..malam2 jenuh jamu mata dengan drama2 je..
    cemana nak pupuk minat bersukan kat masyarakat..kan???

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *