Breaking News
Home » Teknologi » Trik Youtube Yang Harus Anda Tahu

Trik Youtube Yang Harus Anda Tahu

Siapa tidak tahu akan Youtube. Boleh dikatakan jika anda seorang yang mengikuti perkembangan dunia media soasial pasti tahu atau pernah menggunakan youtube. Tahukah anda ada beberapa tips atau trik Youtube untuk anda.

Trik Youtube
Trik Youtube yang perlu anda tahu

 

Senang ceritalah, Youtube adalah antara laman media sosial yang best jika anda pengemar video. Berbagai video ada termasuk video klip lagu terbaru dan lama, lawak, viral dan ada juga filem. Cuma apa yang anda perlukan adalah gadjet seperti laptop dan telefon pintar.

Disini ada beberapa trik youtube yang boleh anda cuba. Rasanya anda mesti suka trik ini. Apa lagi muka aplikasi Youtube anda sekarang dan cuba trik dibawah.

Jika anda hendak mencari lagu artis kegemaran anda, jika tidak tahu tajuk atau malas menaip tajuk panjang-panjang hanya perlu pergi ke ruangan search pada bar youtube anda. Hanya perlu taip #Hazama contohnya. Lepas tu berbagai variasi lagu atau video berkaitan Hazama akan keluar.

Trik Youtube

 

Anda adalah masalah sambungan internet yang perlahan tetapi masih mahu melayan video youtube? Hanya perlu pergi ke bahagian PLAYBACK ini. ( klik pautan ). Kemudian ikut seperti yang digambar dibawah.

Trik lajukan Youtube

Cara untuk mengubah kelajuan video pula adalah seperti dibawah. Boleh perlahankan video atau lajukan sampai suara seperti chipsmunk. Tapi lebih baik dengan kelajuan asal sahaja baru syok nak layan.

Kelajuan video youtube

Tahukah anda cara menukar video youtube kepada format GIF. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu tambah gif pada url atau link youtube yang anda tonton. Contoh adalah seperti dibawah.

cara buat file gif

Selain dari trik youtube diatas, anda juga boleh menggunakan beberapa shortcuts semasa menggunakan youtube. Ini mungkin lebih memudahkan anda semasa melayari sesebuah video atau mencarinya. Keyboard Shortcut yang terdapat dalam youtube adalah seperti dibawah.

Youtube Keyboard Shortcuts

Semoga perkongsian beberapa tips dan trik youtube ini dapat membantu anda. Selamat melayari youtube dengan video kegemaran anda.

Untuk ibu bapa pastikan anda juga mendapatkan aplikasi Youtube untuk kanak-kanak yang lebih selamat iaitu Youtube Kids.

Check Also

Berhenti merokok

Makanan Yang Membantu Anda Berhenti Merokok

Makanan Yang Membantu Anda Berhenti Merokok. Tabiat merokok sememangnya tidak baik untuk kesihatan. Ramai sahaja …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *