Home » Santai » Tolong Biar Ikhlas Bukan Tolong Nak Berbalas

Tolong Biar Ikhlas Bukan Tolong Nak Berbalas

Salam semua.. seharian tanpa update..tak kisahlah sebab hari ini ada rewang kenduri kahwin. Jadi kena jadi orang pangkal untuk menjayakan majlis kenduri. Hidup bermasyarakat. Itu memang dituntut. Yang penting kita ikhlas untuk membantu dan bukan kerana terpaksa.

Tapi bukan pasal bantu rewang kenduri kahwin yang menjadi persoalan aku sekarang. Ini kisah tentang sebuah parti politik ini ( aku tak suka sebut nama parti apa sebab aku tak suka politik ). Semalam berduyun-duyun dia datang rumah aku sebab nak lawat bapa aku yang sakit ( bapa aku stroke ). Tapi yang kurang menyenangkan aku,kenapa perlu sangat nak membawa bendera bagai. Dari yang motor sampailah yang berkereta. Penuh dengan bendera. Ini bukan nak melawat tapi nak berkempen. Bukan tak boleh melawat tapi berpada-padalah. Tapi bapa aku tak terima kunjungan mereka sebab cara mereka datang macam tak kena. Jadi mereka beralih kepada rumah jiran aku yang juga sakit strok. Kenapa aku cakap mereka hanya berkempen? dan kenapa aku anggap mereka tak ikhlas?

Setelah mereka balik,aku tanya anak jiran aku..mereka bagi apa? apa mereka mahu? jawapannya.. mereka hantar beras,gula dan susu. Dan anak jiran aku cakap lagi.. nanti jangan lupa suruh mak,abah,adik beradik undi mereka,bila lagi nak berubah…ehh ikhlas ke tu..Baik ada makna..pirahhh.

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

8 comments

  1. sshnye mcm tu..^_^

  2. hah..mcm x tau je tabiat berpolitik ni..huhu..

  3. inilah susahnya bila politik jadi macam ni..tak ikhlas.

  4. biasa la… taktik tu….. hehehee

  5. itu tak boleh jadi neh..ikhlas ke langit la pula..coz itu tak pernah pun orang dok maki2..kalau nak suruh orang undi dorang kena ikhlas, barula undi untuk dorang sentiasa ada..

  6. ceh..tek kucing tol..

  7. betul tu..baik ada mana tu….

  8. permainan politik..mmg biasa dah mcm tu..kat mana-mana pun…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *