Breaking News
Home » Uncategorized » Tokoh Maal Hijrah 1433H/2011 | Dr Abdul Shukor Husin

Tokoh Maal Hijrah 1433H/2011 | Dr Abdul Shukor Husin

Prof Emeritus Dr Abdul Shukor Husin Dipilih Sebagai Tokoh Maal Hijrah 1433H/2011.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan bagi hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKA), Prof Emeritus Dr Abdul Shukor Husin dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1433H/2011.Dr Abdul Shukor Husin menerima hadiah wang tunai RM110,000 iaitu RM100,000 sumbangan kerajaan dan RM10,000 lagi diberikan oleh Yayasan Ubaidi, pingat Tokoh Maal Hijrah, cenderahati serta sijil penghargaan bertulisan khat.

Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa pula adalah Menteri Haji Arab Saudi, Dr Fuoad Abdul Salaam.Majlis penyampaian anugerah dan hadiah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Puat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.Turut sama hadir dalam majlis itu adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Seri Norainee Abdul Rahman. 

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

One comment

  1. baru kenal sape.

    p/s : bukan sultan mizan dah turun takhta ke?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *