Home » Info Sukan » TMJ Letak Jawatan Presiden PBNJ

TMJ Letak Jawatan Presiden PBNJ

TMJ Letak Jawatan Presiden PBNJ. Tengku Mahkota Johor ( TMJ ) , Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini membuat pengumuman yang mengejutkan peminat dan penyokong Johor khususnya apabila mengumumkan perletakan jawatan selaku Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor ( PBNJ ).

Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Kehormat PBNJ, Mohd Fahmy Yahya menerusi laman facebook rasmi Johor Southern Tigers. Turut diumumkan adalah perlantikan Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim dilantik selaku presiden baharu PBNJ.

TMJ letak jawatan presiden PBNJ
TMJ letak jawatan presiden PBNJ

Berikut adalah pengumuman yang dipetik dari laman Johor Southern Tigers

PENGUMUMAN RASMI
Saya, selaku Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor, pada hari ini mengisytiharkan bahawa DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim,Tunku Mahkota Johor, telah meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor pada pukul 5 petang tadi.

Untuk makluman semua, YB Dato’ Haji Ismail Bin Karim, Setiausaha Kerajaan Johor telah dilantik menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor. Walaubagaimanapun segala perancangan, pengurusan kewangan, pentadbiran, pembentukan akademi dan stadium baru serta polisi persatuan akan diteruskan. Segala perancangan jangka masa panjang dalam sukan bola sepak Negeri Johor termasuk dari segi infrastruktur dan segala yang berkaitan akan tetap dilaksanakan. Sekian, terima kasih. Hidup Johor, demi Johor.

Mohd. Fahmy Bin Yahya, Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor.

OFFICIAL ANNOUNCEMENT
As the Honorary Secretary of the Johor Football Association, I announce that HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim has resigned as President of the Johor Football Association at 5pm today.

Dato’ Haji Ismail Bin Karim, State Secretary of Johor, has been appointed as his replacement. Regardless of the change, all matters pertaining to the club such as future plans, finance management, the organisational structure, the building of the football academy and new stadium, and the association’s policies will remain as it is. All long-term plans for the benefits of Johor football will continue to be executed. Thank you. Hidup Johor, Demi Johor.

Mohd Fahmy Bin Yahya, Honorary Secretary of the Johor Football Association

Semoga TMJ akan terus memberi sumbangan kepada pembangunan bolasepak negara dimasa hadapan.

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *