Home » Petua Dan Tips » Tips Untuk Selfie

Tips Untuk Selfie

Tips Untuk Selfie Pun Ada – Selfie menjadi budaya kegilaan masa kini. Aku tak tak tahu apa keseronakan berselfie ni. Sebab memang tak pandai dan tak minat. Lagi pun aku ni segan nak tayang muka..haha..terutama kat laman sosial. lebih lebih lagi bila fokus tepat kat muka.. aku ni pemalu.. Tapi bagi peminat selfie terpulanglah. Tiada halangan untuk anda.
 
selfie
Selfie bermaksud mengambil gambar atau wajah sendiri menggunakan kamera atau telefon bimbit tanpa memerlukan bantuan orang lain. Perkataan Selfie ini juga datang daripada singkatan bahasa inggeris iaitu ” Self Potrait Photography”. Dalam erti kata lain, ia merupakan perbuatan individu yang suka mengambil wajah seorang diri dan memuat naik foto tersebut ke laman sosial. 
Sebenarnya ada beberapa tips untuk selfie. Ini pun aku baru tahu. Ingat main snap snap je. Tips selfie nampak langsing , tips untuk selfie muka nampak lurus , tips selfie shading dan macam-macam lagi. Kepada kaki selfie anda boleh skodeng pautan kat bawah untuk mendapatkan tips-tips selfie. Meh sini baca tips selfie kat sini 
Foto selfie biasanya menggunakan kamera depan. Seperti yang kita ketahui, kamera depan biasanya memiliki kualiti piksel yang kurang baik. Untuk itu, bagi menjadikan hasil foto tidak gelap, bergayalah di tempat yang memiliki pencahayaan yang baik, seperti berhampiran jendela atau di tempat lapang pada waktu siang. Pastikan cahaya ada di depan, bukan di belakang yang membuat “backlight” sehinggakan hasil foto kelihatan gelap.

Gunakan “highlighter” di sekitar wajah yang disapukan pada hidung, tulang alis dan pipi untuk membuatkan wajah lebih berkilau dan flawless. Kesan dramatis akan diperolehi ketika anda bergambar dan mendapatkan flare (sinaran) cahaya matahari dari bahagian sisi.

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *