Breaking News
Home » Petua Dan Tips » Tips Untuk Kurus

Tips Untuk Kurus

Tips Untuk Kurus. Semua mahu kurus, tapi jangan terlampau kurus sangat nanti cekeding tiup angin pun tumbang. kurus dan slim biarlah bersesuaian dengan BMI ( Body Mass Index ) anda. Paling penting berdiet jangan sampai menyiksa diri. Itu bukan nak kurus namanya, itu nak cari nahas.

tips untuk kurus
tips untuk kurus

Anda nak tips menarik atau cara untuk kurus? Disini dikongsikan beberapa tips yang boleh anda amalkan.

Minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari. Air kosong membantu metabolisme badan. Meminum air dalam kuantiti yang banyak boleh menurunkan selera makan secara semulajadi. Oleh itu, sebelum makan makanan yang berat, minum air terlebih dahulu. Dengan berbuat demikian, anda dapat mengelakkan daripada makan dengan banyak.

Jangan tinggalkan sarapan. Anda mungkin ingin kurangkan pengambilan makanan kerana berdiet. Apabila anda telah berlapar semalaman kemudian tidak bersarapan. Kandungan glukosa dalam badan boleh menjadi rendah dan mengakibatkan masalah fisiologi seperti pening dan pitam. Jadi, apabila tiba waktu lunch, anda mungkin mengambil makanan secara berlebihan.

Ambil makanan kaya serat dengan banyak pada waktu makan. Contoh makanan kaya serat adalah; buah-buahan, sayur-sayuran, vitamin, mineral, dan bijiran penuh. Makanan seperti itu mempunyai kuantiti kalori yang rendah tetapi kaya dengan diet serat yang diperlukan oleh oleh tubuh setiap hari.

Pastikan sumber protein dalam diet harian. Pertama, anda perlu kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yang boleh meningkatkan berat badan anda.

Lakukan aktiviti yang banyak pergerakan. Apabila anda ingin menjadi kurus, anda pasti terbayang aktiviti berjoging atau masuk ke gym yang melibatkan kos. Anda sebenarnya mempunyai pilihan iaitu dengan membuat aktiviti berjalan kaki sahaja.

Kurangkan makanan yang bergaram. Sekiranya anda mengambil garam dalam kuantiti yang tinggi, ianya menggalakkan penakungan air. Jadi, apabila anda kurangkan mengambil garam, sekaligus badan anda tidak menakung air dengan banyak. Seterusnya, tiada lagi masalah gemuk air.

Lakukan sedikit aktiviti selepas makan. Pada kebiasaannya, diri anda merasa berat dan mengantuk selepas makan. Apa kata anda membuat sedikit pergerakan seperti berjalan dan sebagainya. Jangan tidur lepas makan.

Ini sebahagian sahaja tips yang boleh anda amalkan. Masih banyak lagi tips dan cara selamat untuk kurus. Semoga memberi manfaat.

 

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *