Breaking News
Home » Petua Dan Tips » Tips Temuduga Jawatan Kerajaan dan Swasta

Tips Temuduga Jawatan Kerajaan dan Swasta

Tips Temuduga Jawatan Kerajaan dan Swasta. Kepada yang sedang mencari kerja atau menunggu panggilan temuduga, disini MySensasi kongsikan beberapa tips asas atau petua mudah untuk dipraktikan ketika temuduga. Segala tips temuduga adalah dipetik dari beberapa perkongsian yang boleh didapati secara percuma di dunia maya ini.

Tips Temuduga jawatan kerajaan dan swasta
Tips Temuduga jawatan kerajaan dan swasta

Tips Temuduga Jawatan Kerajaan dan Swasta ini adalah sekadar rujukan atau untuk mempermudahkan segala urusan ketika temuduga. Kejayaan bergantung kepada usaha dan kemampuan serta kelayakan anda sendiri.

1- Sediakan Dokumen Berkaitan Dengan Lengkap
Pastikan anda mempunyai senarai dokumen yang cukup dan sentiasa dikemaskini agar mudah untuk digunakan semasa temuduga. Sediakan senarai dokumen yang perlu di bawa untuk temuduga  kerja anda. Tujuannya adalah untuk memastikan anda tidak tertinggal dokumen penting semasa berada di sesi temuduga.

2- Cara Berpakaian Lelaki Dan Wanita

Pakaian adalah salah satu perkara yang diambil berat ketika pergi temuduga. Dibawah adalah beberapa cara pakaian yang sesuai untuk sesi temuduga.

Pakaian Lelaki

  • Pastikan anda memakai tali leher
  • Pakai kasut kulit dan pastikan kasut anda dikilat
  • Pastikan anda memakai baju lengan panjang kerana baju tersebut nampak lebih professional berbanding baju lengan pendek.
  • Baju dan seluar anda mestilah kelihatan kemas dan disterika.
  • Elakkan baju berwarna gelap.
  • Elakkan memakai wangian yang terlampau kuat.
  • Secara keseluruhannya, pakaian anda mestilah bersih dan kelihatan kemas.

Pakaian Wanita

  • Pakai pakaian yang kelihatan formal dan sesuai untuk ke pejabat. Anda juga boleh memakai baju kurung.
  • Elakkan pakaian yang menjolok mata atau pakaian yang mempunyai warna atau corak yang terlalu menarik perhatian ramai.
  • Pakai kasut yang bertutup.
  • Elakkan memakai terlalu banyak barangan kemas.
  • Secara keseluruhannya, pakaian anda hendaklah kelihatan kemas dan tidak terlalu menarik perhatian ramai.

Lain lain perkara yang perlu anda ambil berat adalah

Bagi lelaki pastikan rambut anda pendek, disikat kemas dan berminyak. Bagi perempuan yang bertudung, pastikan tudung anda diikat kemas. Bagi perempuan yang tidak bertudung, pastikan rambut anda disikat kemas.

Datang awal ke tempat temuduga, sebaik-baiknya 20 minit sebelum masa yang ditetapkan.

Bila nama anda dipanggil, masuk dengan senyuman dan penuh keyakinan. Tip temuduga kerja ini nampak mudah, tapi ramai yang mengabaikannya. Beri salam atau ucapan Selamat Pagi atau Selamat Petang bergantung pada sesi temuduga. Duduk hanya apabila anda dibenarkan duduk dan ucapkan terima kasih.

CARA MENJAWAB SOALAN PANEL SEMASA TEMUDUGA

  • Jawab soalan dengan tenang, jangan tunjukkan anda gelisah.
  • Pandang panel temuduga apabila menjawab soalan. Jangan pandang ke lantai kerana ia menunjukkan anda tidak yakin dengan jawapan anda atau anda masih malu-malu dengan panel.
  • Jangan sesekali berdebat atau meninggikan suara di hadapan panel temuduga.
  • Biar panel habiskan soalan atau ayat mereka terlebih dahulu sebelum anda mula bercakap. Elakkan memotong percakapan mereka.
  • Jawab soalan mengikut konteks soalan. Jangan meleret-leret sehingga keluar topik.
  • Jika anda tidak tahu jawapan, nyatakan yang anda tidak tahu. Jangan sesekali berbohong kerana panel temuduga yang berpengalaman pasti akan tahu anda menipu mereka.

Apa yang paling penting, sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum menghadiri temuduga. Pastikan anda sentiasa bersedia sebelum anda masuk ke bilik temuduga. Tanpa persediaan, anda pasti akan kelihatan gelisah dan tergopoh gapah semasa menjawab soalan panel temuduga. Persediaan merangkumi persediaan fizikal seperti dokumen, pakaian dan persediaan mental seperti pengetahuan dan emosi.

Sekadar berkongsi, semoga memberi manfaat.

Check Also

Berhenti merokok

Makanan Yang Membantu Anda Berhenti Merokok

Makanan Yang Membantu Anda Berhenti Merokok. Tabiat merokok sememangnya tidak baik untuk kesihatan. Ramai sahaja …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *