Breaking News
Home » Petua Dan Tips » Tips Mudah Elak Telefon Rosak

Tips Mudah Elak Telefon Rosak

Tips Mudah Elak Telefon Rosak. Telefon pintar atau smartphone adalah satu keperluan pada zaman sekarang. Selain dari alat telekomunikasi banyak lagi kegunaannya dalam kehidupan seharian. Banyak jenama dipasaran yang bersaing mengeluarkan gajet terbaik mereka dalam usaha menarik minat pembeli. Namun sehebat mana pun, jika tidak dijaga akan rosak juga.

tips mudah penjagaan smartphone
tips mudah penjagaan smartphone

Ada beberapa tips yang akan dikongsikan kepada anda dalam penjagaan telefon pintar anda. Seperti biasa kita dengar, mencegah lebih baik dari merawat. Kalau sudah rosak kepala pening, poket pun kering.

Perkara paling utama yang perlu anda elakan adalah meletakan telefon di tempat panas atau berhaba. Elakkan meletakan telefon di atas televisyen, komputer atau tempat yang menghasilkan haba. Suhu yang panas mempercepatkan lagi kepanasan telefon sekaligus merosakkan kompenen di dalamnya.

Inilah perkara yang sering dilakukan oleh pengguna telefon pintar iaitu cas bateri ketika telefon hidup. Ada yang siap main game lagi, chatting atau apa sahaja yang membuatkan telefon sentiasa hidup. Aliran elektrik yang mengalir ke dalam bateri akan memberi tindak balas sehingga mencetuskan peningkatan suhu. Peluang untuk bateri atau motherboard rosak sangat cerah.

Jangan letak smartphone anda dalam poket. Apa lagi dalam poket yang sempit terutama seluar jean. Ini akan mengakibatkan gadjet kamu bertambah panas dan suhu di dalam poket akan turut panas. Turut berisiko adalah menyimpan telefon di tempat yang berisiko terkena air. Lainlah jika telefon anda kalis air.

Paling utama untuk menjadikan telefon anda kekal dalam keadaan baik adalah dengan memastikan ianya adalah barangan tulen atau terbukti keaslian. Selain itu pastikan juga barangan lain seperti pengecas, kabel USB dan sebagainya adalah tulen untuk memastikan spec aliran alektrik ketika mengecas adalah betul.

Check Also

kawal suhu badan ketika musim panas

Cara Sejukkan Badan Ketika Musim Panas

Cara Sejukkan Badan Ketika Musim Panas. Ketika cuaca dan suhu panas melanda, pasti kita menghadapi …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *