Breaking News
Home » Petua Dan Tips » Tips Memulakan Perniagaan Di Instagram

Tips Memulakan Perniagaan Di Instagram

Tips Memulakan Perniagaan Di Instagram. Anda ingin berniaga secara online dilaman media sosial? Memang menjadi trending pada masa ini berniaga secara online di laman sosial seperti Facebook, Blog dan juga banyak lagi. Salah satu medium yang popular dan mudah digunakan adalah instagram.

Tips Memulakan Perniagaan Di Instagram
Tips Memulakan Perniagaan Di Instagram

Disini Infosemasa ingin berkongsi tips bagaimana untuk memulakan perniagaan menggunakan instagram. Berikut adalah beberapa asas yang boleh digunakan oleh anda.

TIPS MEMULAKAN PERNIAGAAN DI INSTAGRAM

1- Pilih nama pengguna dan avatar yang tepat. Ini kerana nama dan avatar memberi gambaran sebenar kepada anda dan perniagaan anda. Avatar juga memainkan peranan. Gunakan avatar atau logo yang berkaitan dengan produk atau jenis perniagaan anda.

2- Menggunakan gambar yang cantik dan berkaitan dalam setiap post anda di Instagram. Gambar perlu jelas agar pembeli atau pengikut anda dapat melihat produk yang anda jual. Ini juga dapat menarik minat untuk pembeli mengetahui lebih lanjut.

3- Penggunaan Hastag sangat penting dalam menyebarkan produk anda kepada kumpulan sasar. Gunalah hastag yang berkaitan dengan produk kerana pembeli yang ingin mencari produk pasti tertumpu pada hastag yang berkaitan dengan perniagaan online. #Hastag yang menarik dan tepat serta trending bakal memberi lebih banyak view untuk post tentang produk yang anda jual.

Itulah antara tips yang asas untuk anda memulakan perniagaan di instagram. Banyak lagi tips yang boleh anda gunakan. Kena rajin mencari di laman dunia maya yang luas ini. Selamat berniaga.

Instagram
tips berniaga di instagram

Check Also

Berhenti merokok

Makanan Yang Membantu Anda Berhenti Merokok

Makanan Yang Membantu Anda Berhenti Merokok. Tabiat merokok sememangnya tidak baik untuk kesihatan. Ramai sahaja …