Breaking News
Home » Petua Dan Tips » Tips Memilih Kad Memori SD

Tips Memilih Kad Memori SD

Tips Memilih Kad Memori SD. Apa itu kad memori SD atau biasa kita dengar MicroSD? MicroSD adalah kad memori non-volatile yang dikembangkan oleh SD Card Association yang digunakan dalam perangkat portable. Kad memori SD ini kita gunakan untuk menyimpan segala bentuk data seperti gambar, video, applikasi dan sebagainya. Dengan menyimpan dalam MicroSD dapat menjimatkan ruang memori dalaman terutama pada smartphone dan kamera digital. Namun pada waktu ini, keperluan kad memori lebih kepada smartphone.

Terlalu banyak kad memori yang ada dijual dipasaran. Dari yang murah sehingga yang mahal. Pastinya harga memainkan peranan dimana harga murah memang menjadi pilihan pembeli. Namun bagaimana dengan kualitinya? Harus diingat, kad SD mempunyai prestasi yang berbeza, bukan semua sama. Buang andaian anda yang mengganggap semua kad memori sama sahaja. Anda silap sebenarnya.

tips memilih kad memori sd
kad memori sd – sekadar hiasan

Kad SD memberikan prestasi yang berbeza mengikut ciri dan kelasnya. Tiga perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli sesebuah kad SD ialah kelas halaju (speed class), saiz fizikal dan kapasiti.

Kita lihat dari segi fizikal , peranti yang berbeza menggunakan saiz kad SD yang berbeza. Kad SD bersaiz standard (32x24x2.1 mm) digunakan oleh kebanyakan kamera digital seperti DSLR. Saiz kad SD yang paling jarang digunakan ialah miniSD (21.5x20x1.4 mm) yang pada awalnya dicipta untuk telefon bimbit bersaiz kecil. Kini, hampir semua peranti pintar seperti telefon dan tablet boleh memuatkan kad SD bersaiz mikro (15x11x1 mm). Kad mikroSD juga bersifat lebih universal kerana boleh digunakan pada slot SD standard dengan menggunakan adapter.

Kapasiti simpanan juga memainkan peranan dalam memilih kad memori yang sesuai untuk kegunaan anda. Kad SD standard (SDSC) mempunyai kapasiti 1MB – 2GB, kadangkala sehingga 4GB. Kad SD berkapasiti tinggi (SDHC) pula mempunyai saiz storan lebih bersar iaitu antara 2GB – 32GB. Kad SDXC menawarkan kapsiti ekstra iaitu 32GB – 2TB.

Faktor ketiga yang perlu anda pastikan adalah kelas halaju. Apa itu kelas halaju pada kad memori? Kelas halaju ialah ukuran kepantasan sesebuah kad SD. Ia dipaparkan melalui simbol nombor yang dipamerkan di atas kad SD. Terdapat empat kelas halaju – 2, 4, 6, dan 10. Sekiranya kad SD anda memaparkan kelas 2, ia bermaksud kelajuan pemindahan data (read/write transfer) minimum kad tersebut ialah 2MB per saat. Ini bermakna semakin besar kelas halaju, semakin pantas kelajuan pemindahan data kad SD.

Pada masa ini kebanyakan telefon pintar kini menawarkan fungsi rakaman gambar dan  video berdefinisi tinggi, maka kelas halaju yang lebih tinggi (4, 6 atau 10) diperlukan supaya peranti dapat menjalankan proses rakaman secara optimum. Di samping itu, kebanyakan peranti pintar juga sudah mula menyokong penyimpanan aplikasi (apps) di dalam kad SD. Maka, penggunaan kad SD dengan kelas halaju yang lebih besar dapat membantu aplikasi berjalan dengan lancar.

Jadi anda telah pun mengetahui cara atau tips memilih kad memori SD. Jadi jangan terpengaruh sangat dengan tawaran kad memori murah namun jika ciri-ciri yang ditawarkan itu menyamai kualiti yang anda inginkan ambil sajalah. Tapi jika sekadar indah khabar dari rupa, abaikan sahaja. Jadilah pembeli yang bijak, anda mampu mengubahnya.

Check Also

Trik Youtube

Trik Youtube Yang Harus Anda Tahu

Siapa tidak tahu akan Youtube. Boleh dikatakan jika anda seorang yang mengikuti perkembangan dunia media …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *