Home » Petua Dan Tips » Tips Lalui Malam Pertama

Tips Lalui Malam Pertama

Tips Lalui Malam Pertama. Semua orang bercerita berkaitan malam pertama. Bukan sahaja yang belum kahwin tetapi yang sudah kahwin pun masih hangat bercerita apakah itu malam pertama. Namun bagi pasangan yang bakal melalui saat-saat itu pasti ada yang resah gelisah atau kurang yakin pada diri. Seharusnya perkara ini tidak timbul kerana ini adalah fitrah kehidupan.

Tips Lalui Malam Pertama

Dibawah ada dikongsikan beberapa tips malam pertama sebagai rujukan kepada anda.

Ketahui apakah yang perlu anda ketahui untuk memulakan malam pertama anda supaya tidak kaku untuk memulakan sehingga pasangan ( suami / isteri ) turut tak keruan memerhatikan anda. Pelajari melalui buku-buku berkaitan atau rujukan di internet. Awas jangan cuba secara praktikal sebelum bernikah. Wanita atau lelaki harus bersedia dari segi rohani dan jasmani. Lakukan persediaan awal sebelum berkahwin.

Keadaan bilik pengantin juga harus sesuai dengan keperluan anda. Pastikan bilik sederhana terang kerana pencahayaan yang agak kurang terang dan berlampu kekuningan boleh menimbulkan emosi kasih sayang dan suasana romantik. Bilik yang cantik dan romantik juga adalah faktor penting yang mendorong keseronokan sewaktu hubungan intim berlangsung. Penggunaan wangian aromaterapi di dalam kamar boleh memberikan bau wangi yang juga membantu menaikkan rasa ghairah pasangan pengantin.

Kebersihan diri juga perlu diambil berat. Bersihkan tubuh badan anda dari sebarang kekotoran dan bau yang kurang menyenangkan bagi pasangan anda. Takkan anda nak selekeh dan berbaukan. Pakaian juga harus mampu memikat pasangan anda. Jangan lupa guna wangian pada tubuh badan.

Dan perkara yang paling utama dalam melalui malam pertama adalah kedua-dua anda telah bersedia. Jika tidak bersedia jangan cuba memaksa. Lakukan dengan ikhlas, semuanya pasti beres. Semoga memberi manfaat.

BUAT RENUNGAN

وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” (QS.Al Israa. ayat 32)

Check Also

Trik Youtube

Trik Youtube Yang Harus Anda Tahu

Siapa tidak tahu akan Youtube. Boleh dikatakan jika anda seorang yang mengikuti perkembangan dunia media …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *