Breaking News
Home » Kesihatan » Tips Kekal Sihat Ketika Musim Panas

Tips Kekal Sihat Ketika Musim Panas

Tips Kekal Sihat Ketika Musim Panas. Semua sedia maklum yang cuaca di Malaysia ketika ini agak panas dengan suhu yang tinggi. Banyak kesan kepada tubuh badan akibat dari cuaca panas sekarang. Antara yang sering diperkatakan adalah tentang Stroke Haba yang boleh terjadi kepada siapa sahaja tidak kira usia.

Tahukah anda kita mampu mengamalkan beberapa tips yang bagus untuk kekal sihat ketika musim panas melanda. Dibawah adalah beberapa tips yang boleh anda amalkan.

Tips Kekal Sihat Di Musim Panas
Tips Kekal Sihat Di Musim Panas

Perkara pertama yang harus anda lakukan adalah dengan mengekalkan kandungan air dalam tubuh badan. Salah satu cara adalah dengan minum air dengan banyak. Minumlah air kosong tidak kira apa pun aktiviti yang anda lakukan tidak kira ringan atau berat.

Salah satu cara untuk menurunkan suhu badan adalah dengan menggunakan kipas atau penghawa dingin bila perlu. Paling tidak pun seeloknya kerap mandi. Paling penting cuba elakan aktiviti diluar rumah agar tidak terdedah kepada cuaca panas secara berterusan.

Walaupun anda digalakkan meminum air, namun bukanlah air yang mengandungi kafien, alkohol atau kandungan gula yang tinggi. Minumlah air kosong untuk kekal segar. Boleh juga amalkan minuman isotonik bila perlu untuk ganti garam yang hilang dalam badan akibat berpeluh.

Seeloknya pakailah pakaian yang terang serta longgar. Pakaian yang mempunyai warna yang terang mampu memantulkan haba dan secara tidak langsung dapat mengurangkan suhu badan.

 

Check Also

Berhenti merokok

Makanan Yang Membantu Anda Berhenti Merokok

Makanan Yang Membantu Anda Berhenti Merokok. Tabiat merokok sememangnya tidak baik untuk kesihatan. Ramai sahaja …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *