Breaking News
Home » Petua Dan Tips » Tips Gincu Tahan Lebih Lama

Tips Gincu Tahan Lebih Lama

Pengguna terutamanya wanita pasti ini mengetahui Tips Gincu Tahan Lebih Lama. Ada beberapa tips dan petua yang boleh diamalkan oleh wanita-wanita diluar sana.

Tips Gincu Tahan Lebih Lama
tips gincu tahan lama

Tips Gincu Tahan Lebih Lama

1- Buang kulit mati pada bibir dengan menggunakan skrub yang khas. Ini akan membuatkan gincu melekat dengan lebih mudah dan tidak mengelupas kekeringan.

2- Sapukan pelembap bibir terlebih dahulu untuk memastikan bibir sentiasa cukup lembap dan tidak kering. Kesat lebihan pelembap agar bibir tidak terlalu berminyak kerana ia boleh menyebabkan rona gincu susah melekat dan meleleh.

3- Gunakan penggaris bibir dengan rona seakan sama gincu yang ingin kita gunakan pada bahagian luar permukaan bibir. Untuk lebih kekal lama, oleskan juga penggaris bibir di bahagian dalam di atas permukaan bibir sebagai lapisan paling bawah. Elakkannya jika anda mengalami kulit kering.

4- Untuk kekal lebih lama, oles lembut gincu dengan menggunakan berus kecil yang dibuat khas untuk bibir. Elakkan dari mengoles gincu terlalu banyak kerana ia akan mengakibatkan gincu mudah comot.

5- Sapukan sedikit bedak halus dengan berus lembut pada bibir. Ianya sebagai lapisan penutup pada gincu agar rona gincu kekal lama sepanjang hari.

6- Elakkan dari meminum air terus dari gelas kerana ia boleh mencomotkan gincu di bibir. Gunakan penyedut minuman agar gincu tidak hilang terkena air.

 

 

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *