Breaking News
Home » Wanita » Tips Dan Senaman Tegangkan Payudara

Tips Dan Senaman Tegangkan Payudara

Tips Dan Senaman Tegangkan Payudara. Semua orang idamankan payudara yang montok dan menarik. Tapi kena ingat tak elok tayang-tayang sangat. Jangan pakai sendat-sendat dan seeloknya tutuplah dengan tudung yang labuh. Dapatkan bentuk yang cantik khas untuk suami sahaja.. peace šŸ™‚

Tahukah anda ada beberapa cara senaman yang sesuai untuk mendapatkan bentuk payudara yang menarik. Apa kata anda skodeng dibawah dan boleh cuba dirumah.

Salah satu senaman yang paling popular adalah push up. Push-up adalah pergerakan atas bawah yang boleh menegangkan payudara dan secara tidak langsung membina otot badan yang lain. Pernah cuba? kalau tidak pernah sila cuba.

senaman push-up
senaman push-up

Chest Press juga boleh membantu anda membina otot payudara. Caranya dengangenggam dumbbell dan baringkan tubuh di bench. Mulakan dengan mengangkat dumbbell ke atas bahagian pertengahan payudara. Turunkan dumbbell ke bawah dengan perlahan-lahan sehingga ia hampir menyentuh dada anda.

Senaman Chest Press
Senaman Chest Press boleh membantu tegangkan payu dara

Bagi biasa pergi keĀ gimnasium anda boleh mencubaĀ Pec Deck Flyes.Ā Tolak kedua-dua pad tangan kepada pertengahan payudara anda. Tahan seketika dan kembali ke posisi asal. Lakukan 10 hingga 12 kali ulangan. Ia pasti membantu anda menegangkan payudara!

Sekarang anda dah tahu beberapa cara senaman untuk tegangkan payudara. Selamat mencuba. Bersenam cara selamat dengan dapatkan bantuan mereka yang mahir sangat digalakan. Elakkan kecederaan ketika bersenam.

Check Also

Berhenti merokok

Makanan Yang Membantu Anda Berhenti Merokok

Makanan Yang Membantu Anda Berhenti Merokok. Tabiat merokok sememangnya tidak baik untuk kesihatan. Ramai sahaja …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *