Breaking News
Home » Petua Dan Tips » Tips Dan Menu Pesakit Diabetes Semasa Puasa

Tips Dan Menu Pesakit Diabetes Semasa Puasa

Tips Dan Menu Pesakit Diabetes Semasa Puasa. Tiada masalah untuk pesakit diabetes atau biasa kita panggil kencing manis untuk berpuasa terutama pada bulan ramadan yang bakal mendatang ini. Jika betul cara dan kawalan makanan tiada masalah untuk berpuasa. Dibawah Mysensasi kongsikan tips semasa berpuasa dan menu ketika berpuasa untuk pesakit kencing manis.

Tips dan menu pesakit diabetes semasa puasa
Tips dan menu pesakit diabetes semasa puasa

Tips semasa berpuasa

  1. Bersahur pada hujung waktu sahur dan berbuka pada awal waktu buka. Jadi tidak perlu terlalu awal untuk pesakit diabetes untuk bersahur.

  2. Pastikan pengambilan makanan yang seimbang yang merangkumi semua kumpulan makanan. Ambil jumlah karbohidrat yang cukup semasa sahur sebagai bekalan semasa berpuasa.

  3. Elakkan pengambilan makanan tinggi gula  semasa berbuka puasa. Ini sangat tidak bagus untuk anda.

  4. Selepas terawih digalakan mengambil snek waktu minum malam atau makanan ringan.

  5. Minum sehingga 8 gelas air kosong sehari. Ini wajib tidak kira kepada pesakit atau pun tidak.

  6. Kurangkan makanan tinggi kolesterol atau lemak semasa berbuka puasa atau sahur.

  7. Kurangkan makanan tinggi garam untuk mengurangkan risiko dehidrasi.

  8. Pengambilan ubat dan insulin berbeza semasa berpuasa. Jadi sila dapatkan nasihat doktor.

Menu Semasa Berpuasa Bagi Pesakit Diabetes.

Menu Berbuka Puasa
1 biji buah epal / 2 biji kurma
1 keping kuih tanpa gula
1 gelas susu (utamakan susu rendah lemak / susu skim)

Menu Makan Selepas Maghrib
1 ½ cawan nasi / mi / mihun
1 ketul ayam / ikan
1 cawan sayur berdaun hijau
1 biji buah limau
Air kosong

Selepas Terawih ( 10 malam )
1 keping kuih tanpa gula / 3 keping biskut krim kraker / 1 keping roti
1 gelas susu (susu rendah lemak / susu skim)

Sahur
1 ½ cawan nasi / mi / mihun
1 ketul ayam / ikan
1 cawan sayur berdaun hijau
1 potong betik
Air kosong

Menu diatas adalah cadangan boleh ditukar mengikut selera janji tidak sampai menjejaskan masalah diabetes yang sedia ada.

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *