Home » Info Sukan » Tindakan PBNJ Harus Dipuji

Tindakan PBNJ Harus Dipuji

Usaha Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) menjalinkan kerjasama dengan kelab La Liga Sepanyol , Valencia adalah satu tindakan yang proaktif dan harus dipuji. Tiada sebab untuk mengatakan jalinan kerjasama sebegini tidak mendatangkan faedah kepada pembangunan bolasepak Johor khususnya dan Malaysia amnya. 
Persetujuan yang telah dicapai oleh Tunku Ismail dan Pengerusi Valencia, Peter Lim bakal memberi ruang terbaik PBNJ membangunkan pemain muda yang boleh diserapkan dalam pasukan JDT nanti. 
valencia la liga
Mengikut laporan yang dibuat melalui laman facebook rasmi PBNJ, Valencia akan membantu dalam pembangunan bolasepak Johor dan peluang skuad remaja JDT dihantar menjalani latihan di Valencia bermula tahun depan. Perpindahan pemain secara pinjaman juga boleh dilakukan untuk kebaikan bersama.
Tahniah PBNJ atas langkah bijak dalam usaha membangunkan bolasepak mereka. Apa yang dapat dilihat kebelakangan ini , banyak perkara positif yang telah dibuat oleh PBNJ dan dapat dilihat pada kemampuan pasukan mereka JDT bersaing dalam Liga Malaysia.
SIAPA PETER LIM – PENGERUSI VALENCIA
– Hartawan Singapura yang turut melabur di Iskandar Malaysia.
– Memiliki saham dalam McLaren Automotive 
– Menjalin kerjasama dengan UEM Land untuk membina trek F1 bernilai RM3.5 bilion di Nusajaya.

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *