Breaking News
Home » Berita » Tiket Online JDT vs Pahang Final Piala Malaysia 2014

Tiket Online JDT vs Pahang Final Piala Malaysia 2014

Tiket Online JDT vs Pahang Final OPPO Piala Malaysia 2014 , Harga Tiket Perlawanan Akhir , Lokasi Jualan Tiket. Perlawanan akhir Piala Malaysia yang akan berlangsung pada 1 November 2014 bakal menemukan dua pasukan yang mempunyai penyokong yang ramai. Sebanyak 90 ribu tiket bakal diagihkan secara adil untuk kedua pasukan. Menurut laporan FAM , 40 ribu untuk setiap pasukan dan 10 ribu dijual secara online.

Tiket Online Akhir Piala Malaysia 2014 JDT vs Pahang

HARGA TIKET PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2014
Harga tiket perlawanan akhir antara Pahang dan JDT pada 1 November ini adalah RM40 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak. Pastikan tiket yang anda beli adalah original untuk mengelakkan masalah timbul pada hari  perlawanan.
LOKASI JUALAN TIKET
Menurut FAM , setiap negeri diberi peruntukan 40 ribu tiket dan penjualan diarahkan berskala kecil iaitu hendaklah dijual pada setiap daerah. Ini untuk mengelakan masalah kesesakan dan lain-lain perkaran berbangkit seperti kejadian sebelum ini. Selain jualan di lokasi , 10 ribu tiket akan dijual secara online. Tiada kaunter dibuka untuk jualan tiket di Stadium Bukit Jalil. Tiket boleh mula dibeli di kawasan masing-masing bermula hari khamis 30 Oktober 2014.
TIKET ONLINE, CARA PEMBELIAN DAN PENEBUSAN
Tiket online boleh didapati bermula pada hari rabu 29 Oktober dengan melayari laman web www.tickethotline.com.my. Tiket yang dibeli boleh ditebus bermula pada hari khamis. 
Kepada penyokong JDT , kerajaan Negeri Johor ada menyediakan 2000 tiket percuma seperti yang diumumkan oleh MB Johor dalam laman sosial Facebook rasmi beliau. Untuk lebih lanjut sila lawat tiket percuma perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

One comment

  1. PENIPU PUNYA FAM CAKAP TIKET 10000 UNTUK ON LINE TAKDA PON SOLD OUT …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *