Breaking News
Home » Info Sukan » Tiket Online Final Piala Malaysia 2016

Tiket Online Final Piala Malaysia 2016

Tiket Online Final Piala Malaysia 2016. Debaran perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2016 semakin dirasai oleh peminat dan penyokong pasukan Kedah dan Selangor. Perlawanan yang dijadualkan pada 30 Oktober ini akan dilangsungkan di Stadium Shah Alam.

70 ribu tiket dengan harga RM50 akan mula dijual pada 26.10.2016 dengan 30 ribu untuk setiap pasukan manakala 10 ribu secara online. Adalah dimaklumkan penjualan di kaunter dan online akan dibuat serentak pada jam 10 pagi.

Tiket Online Final Piala Malaysia 2016
Info tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2016 Selangor vs Kedah

Untuk pembelian tiket perlawanan akhir Piala Malaysia Selangor vs Kedah secara online, anda boleh terus ke pautan yang disediakan dibawah.

Klik untuk pembelian online http://www.tickethotline.com.my/
( urusniga hanya akan bermula jam 10 pagi 26 oktober 2016 )

1. Pembelian online terhad kepada 4 tiket untuk satu transaksi.

2. Sekiranya anda tidak menerima Transaction Page/Reference Page atau EMEL dari Tickethotline/Ipay88, sila adukan masalah anda ke sales@tickethotline.com.my

Tarikh dan Masa penebusan tiket online
27-29 Oktober Khamis-Sabtu 10:00 am – 6:00 pm
30 Oktober Ahad 10:00 am – 7:00 pm

Lokasi Penebusan Tiket Online
Lobi Utama Stadium Malawati Shah Alam

Harga dan maklumat tiket final Piala Malaysia 2016

Penafian : Untuk makluman semua berdasarkan banyak email yang kami terima bertanyakan atau menempah tiket, kami tidak terlibat secara langsung dengan segala urusan penjualan atau transaksi pembelian. Artikel ini ditulis adalah untuk hebahan atau info berkaitan tiket final Piala Malaysia 2016. Segala pertanyaan boleh dibuat dilaman rasmi penjualan tiket atau persatuan bolasepak negeri masing-masing.

Check Also

harga tiket selepas GST

Harga Tiket Stadium Bandaraya Naik Selepas 1 April

Harga Tiket Stadium Bandaraya Naik Selepas 1 April 2015. Bagi peminat dan penyokong pasukan Pulau …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *