Breaking News
Home » Info Sukan » Tiket Online Final Piala Malaysia 2015

Tiket Online Final Piala Malaysia 2015

Cara Tebus Tiket Online Final Piala Malaysia 2015. Seperti pisang panas, nampaknya pembelian secara online menjadi pilihan buat peminat bolasepak apabila 10 ribu tiket online habis dijual semalam. Mungkin pembelian secara online lebih mudah berbanding perlu bersesak di kaunter stadium.

Tiket Final Piala Malaysia 2015 Selangor vs Kedah
Tiket Final Piala Malaysia 2015 Selangor vs Kedah

TIKET ONLINE FINAL PIALA MALAYSIA 2015 SELANGOR vs KEDAH HABIS.
Sebanyak 10,000 keping tiket dalam talian yang diperuntukkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk aksi final Piala Malaysia antara Selangor dan Kedah di Stadium Shah Alam, pada 12.12.2015 Sabtu ini telah habis dijual.

Namun kepada penyokong kedua pasukan, anda masih boleh membeli tiket di kaunter stadium dimana setiap pasukan diperuntukan sebanyak 30 ribu tiket. Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dijangka menjual sejumlah 30,000 tiket masing-masing yang diperuntukkan oleh FAM bermula pukul 10 pagi ini 10.12.2015. 1,000 keping tiket untuk kanak-kanak berusia bawah 12 tahun turut diperuntukan kepada kedua-dua pasukan.

HARGA TIKET FINAL
Harga tiket dewasa pada kadar RM40 manakala tiket kanak-kanak berharga RM5.

CARA TEBUS TIKET ONLINE DAN LOKASI
Khamis, 10 Disember 2015
Masa: 10a.m – 6p.m
Rehat: 1p.m – 2p.m
Tempat: VIP Lobby, Stadium Malawati, Shah Alam.

Jumaat, 11 Disember 2015
Masa: 10a.m – 6p.m
Rehat: 12.30p.m – 2.30p.m
Tempat: VIP Lobby, Stadium Malawati, Shah Alam

Sabtu, 12 Disember 2015
Masa: 10a.m – 8.30p.m
Tempat: VIP Lobby, Stadium Malawati, Shah Alam

Perlawanan akhir Piala Malaysia akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 12 Disember 2015 yang akan menemukan Selangor dan Kedah.

Check Also

Tiket Final Piala Malaysia 2017 JDT vs Kedah

Tiket Final Piala Malaysia 2017 JDT vs Kedah

Tiket Final Piala Malaysia 2017 JDT vs Kedah. Dua pasukan telah pun layak ke perlawanan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *